Penceritaan dalam mitologi Tlāloc

Tlāloc dipercayai merupakan tuan alam ketiga (yakni Matahari Ketiga, Nahui Quiahuitl) yang diciptakan terdahulu sebelum alam terkini (yakni Matahari Kelima, Nāhui Ōllin atau Nāhui Acatl); alam ini dimusnahkan Tezcatlipoca, dewa penghukum yang turut menculik isterinya dewi Xochiquetzal.

Dewa ini dipercayai menyambut para roh yang pergi dalam keadaan ngeri kerana fenomena berkaitan air dan hujan termasuk sambaran petir, kelemasan[6] serta penyakit-penyakit bawaan air dan darah.[6][7]